mattzzx Publish time 25-1-2024 04:39 PM

M Kumar Ketua Polis Johor baharu

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/24/2511654.jpg
Razarudin (tengah) menyaksikan penyerahan tongkat kuasa antara Kamarul Zaman (kiri) kepada M Kumar (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di IPK Johor pada Rabu.



JOHOR BAHRU - Komisioner Polis, M Kumar dilantik sebagai Ketua Polis Johor baharu menggantikan Datuk Kamarul Zaman Mamat yang bersara selepas 36 tahun berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

M Kumar, 55 yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Johor sebelum ini memulakan tugas baharunya setelah Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Polis Johor, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Rabu.

Bagi Timbalan Ketua Polis Johor pula, diisi Ketua Penolong Pengarah (Tadbir urus/Kepolisan Am) Bahagian Integriti, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Deputi Komisioner Afandi Senin.

Majlis tersebut turut disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
https://www.sinarharian.com.my/article/646059/edisi/johor/m-kumar-ketua-polis-johor-baharu
Pages: [1]
View full version: M Kumar Ketua Polis Johor baharu


ADVERTISEMENT