mattzzx Publish time 24-1-2024 05:10 PM

Dakwaan kononnya Bella mengandung, polis tidak dapat sahkan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2024-01-24_16-40-13_1706085681.jpg
BELLA, gambar fail. FOTO Ihsan Pembaca

Johor Bahru: Polis tidak dapat mengesahkan Mila Sharmila Samsusah, 32, atau dikenali sebagai Bella, mengandung ketika dibunuh sebelum mayatnya dibuang di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di Batu Pahat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, hanya laporan bedah siasat menyeluruh yang dapat menentukan perkara itu.

Beliau bagaimanapun mengesahkan punca kematian Bella disebabkan keretakan di kepala akibat objek tumpul.

"Disebabkan kita jumpa rangka sahaja, perkara itu (Bella mengandung) tidak dapat disahkan.


"Sama ada mangsa mengandung atau tidak, itu atas post mortem. Hasil laporan bedah siasat menyeluruh akan menentukannya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Beliau memberi reaksi itu selepas ditanya pemberita mengenai dakwaan netizen yang tular di media sosial kononnya Bella mengandung sebelum dibunuh.

Terdahulu, Razarudin dilaporkan berkata, motif pembunuhan Bella adalah kerana cemburu dan sakit hati.

Bella dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu selepas keluar ke kedai dobi bersama teman lelakinya.

Kehilangan Bella yang mempunyai dua anak, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, hanya disedari pada keesokannya selepas mesej dan panggilan telefon dihantar kakaknya, Norhisham, tidak dijawab.

Polis kemudiannya menahan teman lelaki Bella berusia 24 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan turut menahan dua lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan Bella bagi membantu siasatan.

Jumaat lalu, rangka seorang wanita ditemukan di sebuah rumah terbiar Batu 7, Tongkang Pechah, selepas suspek ditahan sebaik tiba di tanah air selepas menunaikan umrah bersama keluarga.

Semalam, Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah dilaporkan mengesahkan rangka yang ditemukan itu adalah Bella hasil

keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat.

Hari ini, teman lelaki kepada Mira Sharmila Samsusah, 32, atau dikenali sebagai Bella didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan membunuh wanita itu, bulan lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1053762/dakwaan-kononnya-bella-mengandung-polis-tidak-dapat-sahkan
Pages: [1]
View full version: Dakwaan kononnya Bella mengandung, polis tidak dapat sahkan


ADVERTISEMENT