mattzzx Publish time 24-1-2024 05:04 PM

Kastam Negeri Sembilan rampas 5.5 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4 juta

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0124rsputih_1706074071.jpg
PENGARAH Kastam Negeri Sembilan, Mohammad Hafiz Ishak menunjukkan rokok seludup yang berjaya dirampas pihaknya pada sidang media, hari ini. FOTO AHMAD HASBI

Seremban: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan merampas 5.5 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4 juta selepas menahan sebuah lori di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gombak, Selangor, 14 Januari lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sembilan Mohammad Hafiz Ishak berkata, pihaknya memeriksa lori terbabit jam 3.30 petang sebelum menahan pemandunya yang juga lelaki warga tempatan berusia 20-an.

"Pemeriksaan terhadap lori itu menemukan 275,000 paket rokok putih malah kesemua paket terbabit mempunyai label cukai palsu," katanya pada sidang media, hari ini.

Menurut beliau, kesemua rokok serta lori terbabit disita mengikut Seksyen 114 Akta Kastam 1967.



Mengulas taktik sindiket, beliau berkata, sindiket akan menggunakan dokumen pesanan penghantaran atau 'delivery order' dan label cukai palsu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Kebiasaannya lori berpenutup daari negara jiran ini mempunyai risiko rendah bagi kes penyeludupan. Bagaimanapun, selepas taktik ini dikesan, kami akan menilai semula perkara ini," katanya.

Jelas beliau, berdasarkan jumlah rokok yang dirampas, pihaknya mendapati sindiket terbabit agak besar.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74 (1)(a) Akta Eksais 1976," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bernilai-lebih-rm4
Pages: [1]
View full version: Kastam Negeri Sembilan rampas 5.5 juta batang rokok putih bernilai lebih RM4 juta


ADVERTISEMENT