sfhzuraz Publish time 23-1-2024 07:26 PM

Agong kurnia gelaran Tan Sri kepada Panglima Tentera Darat

Agong kurnia gelaran Tan Sri kepada Panglima Tentera Darat


Januari 23, 2024 @ 6:30pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhagong23_1706005800.jpg
Al-Sultan Abdullah mengurniakan PSM yang membawa gelaran Tan Sri kepada Muhammad Hafizuddeain pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini, mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri kepada Panglima Tentera Darat, Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Muhammad Hafizuddeain mendahului senarai 321 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, di sini, hari ini.
Turut menerima darjah sama yang membawa gelaran Tan Sri ialah ahli perniagaan, Ong Hooi Lim.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.
Al-Sultan Abdullah juga mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk kepada Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Prof Dr Abdelaziz Berghout.
Selain itu, baginda turut menganugerahkan Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) yang membawa gelaran Datuk kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohamad Ariffin; juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Yang di-Pertuan Agong, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ainu Sham Ramli.
Tujuh individu pula menerima Darjah Johan Mangku Negara (JMN) daripada Seri Paduka, antaranya Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datin Dr Suzana Sulaiman, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan), Patimah Ramuji dan Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Roslan Ariffin.
Al-Sultan Abdullah turut menganugerahkan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada tujuh individu, antaranya Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Suryani Sungit.
Pada istiadat itu, baginda turut mengurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 117 individu, Darjah Kesatria Setia Diraja (satu), Darjah Ahli Mangku Negara (85) dan Pingat Pangkuan Negara (PPN) seramai 98.
Hadir sama pada istiadat itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.– BERNAMA
sumber





Pages: [1]
View full version: Agong kurnia gelaran Tan Sri kepada Panglima Tentera Darat


ADVERTISEMENT