mattzzx Publish time 23-1-2024 03:43 PM

Padah curi motosikal ketika solat Jumaat

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/motosikalbpp1_1705993032.jpg
NORAZMAN memiliki 16 rekod lampau dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan selepas mengaku curi motosikal. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Seolah-olah tidak pernah serik. Itu yang berlaku apabila seorang lelaki yang memiliki 16 rekod jenayah lampau, sekali lagi dipenjara 24 bulan selepas mengaku bersalah mencuri motosikal di Mahkamah Majistret di sini, tadi.

Tertuduh, Norazman Amran, 32, yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Udang, Melaka bagi kesalahan mencuri, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan pilihan, penganggur itu didakwa menyimpan motosikal dicuri milik Mohamad Idham Aszry Abu Bakar, 30, di sebuah rumah tidak bernombor, di Sungai Udang, Melaka, pada 16 Disember tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga lima tahun dan juga denda.


Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mencuri motosikal ketika mangsa menunaikan solat Jumaat di Pagoh, pada jam 2 petang, 18 Ogos tahun lalu.

Satu laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Panchor, Pagoh. Bertindak atas maklumat diperolehi, polis berjaya menahan tertuduh di Melaka pada jam 10.30 malam, 15 Disember tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili Nurain Sakina Zakri daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan mengemukakan rekod lampau tertuduh yang mana dia pernah menjalani hukuman mengikut Seksyen 457, Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pihak pendakwaan dalam hujahnya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira 16 rekod jenayah lampau tertuduh.

Selepas mendengar hujahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan bermula dari tarikh sabitan, semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1053329/padah-curi-motosikal-ketika-solat-jumaat
Pages: [1]
View full version: Padah curi motosikal ketika solat Jumaat


ADVERTISEMENT