sfhzuraz Publish time 23-1-2024 02:38 PM

Pasar 'popular' warga asing di Paya Serdang kena serbu

Pasar 'popular' warga asing di Paya Serdang kena serbu


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0123rspaya_1705990287.jpg
Antara pemeriksaan yang dilakukan penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedahterhadap warga asing di pasar malam Paya Serdang, Lunas di Kulim semalam. FOTO Ihsan JIM



Kulim: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan lima pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam pemeriksaan di pasar Paya Serdang, Lunas, di sini, yang menjadi tumpuan warga asing terutama pekerja kilang, semalam.
Dalam Ops Jaja pada 6 petang itu, seramai 30 warga asing dan tempatan diperiksa.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, pemeriksaan mendapati masing-masing dua lelaki warga India dan Myanmar serta seorang warga Bangladesh gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.
"Kesemua mereka ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Operasi itu dilakukan berikutan aduan awam mengenai kegiatan warga asing yang menguasai perniagaan di Paya Serdang sehingga menjejaskan peniaga tempatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ridzzuan berkata, berdasarkan pemantauan di sekitar kawasan itu, pihaknya mengesan tiga gerai disyaki menggaji pekerja asing.
Menurutnya, kawasan itu menjadi tumpuan warga asing yang majoritinya bekerja di kawasan industri Kulim.
"Selepas habis waktu kerja, warga asing ini akan berkunjung ke kawasan ini untuk membeli keperluan harian.
"Kebanyakan warga asing yang diperiksa mempunyai pas sah dan hanya segelintir yang mencari pendapatan sampingan dengan digaji oleh rakyat tempatan yang tidak bertanggungjawab," katanya.
Dianggarkan kira-kira 100,000 warga asing bekerja dan menetap di kawasan perindustrian di seluruh Kedah.
"JIM memerlukan kerjasama semua pihak termasuk Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dan Kulim High Tech Park bagi menangani masalah pelesenan dan isu kebanjiran warga asing yang tidak mempunyai permit sah.
"Program Rekabilisasi (RTK 2.0) dan kewujudan kilang baharu di kawasan industri ini juga menjadi faktor utama pertambahan warga asing di kawasan ini," katanya.


Disiarkan pada: Januari 23, 2024 @ 2:11pm


sumber




Pages: [1]
View full version: Pasar 'popular' warga asing di Paya Serdang kena serbu


ADVERTISEMENT