mattzzx Publish time 22-1-2024 05:53 PM

311 anggota, pegawai polis Kontinjen Selangor dikenakan tindakan tatatertib

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Id_obj49048341_1705914870.jpg
DATUK Hussein Omar Khan. FOTO Amirudin Sahib.

Batu Caves: Polis Kontinjen Selangor mengesahkan seramai 311 pegawai dan anggotanya dikenakan tindakan tatatertib dan terbabit dalam pelbagai kes jenayah sepanjang 2023.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada jumlah itu, seramai 33 pegawai dan anggota sudah dituduh di mahkamah.

"Selain itu, 14 individu ditahan dan dibuang kerja manakala 21 lagi digantung kerja.

"Walaupun angka kecil berbanding kekuatan polis dalam Selangor tetapi kita tidak mengetepikan atau melindungi apa-apa kesalahan sama ada jenayah atau pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh anggota kita," katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Polis di Kuil Batu Caves, di sini, hari ini.



Beliau berkata, seramai 167 anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang sudah berkhidmat selama lima tahun akan dimobilisasi ke unit lain dan akan diganti oleh anggota unit lain.

Katanya, tindakan ini diambil bagi memperkasa perkhidmatan MPV dan memudahkan pihaknya mengenal pasti anggota bermasalah.

Hussein berkata, pegawai penyelia juga akan dikenakan tindakan sekiranya gagal menyelia anggota masing-masing mengikut Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

"Polis Kontinjen Selangor juga sudah menubuhkan dua unit khas di bawah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) untuk memantau pegawai dan anggota secara berterusan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1053038/311-anggota-pegawai-polis-kontinjen-selangor-dikenakan-tindakan-tatatertib
Pages: [1]
View full version: 311 anggota, pegawai polis Kontinjen Selangor dikenakan tindakan tatatertib


ADVERTISEMENT