mattzzx Publish time 22-1-2024 12:05 PM

Haas cabar Komatsu perbaiki kedudukan pengeluar F1

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/haas21_1705888207.jpg
Komatsu dilantik menggantikan tempat Steiner sebagai ketua pasukan, Haas. -FOTO AFP

London: Ayao Komatsu membayangkan bahawa dia menjadi sasaran oleh Gene Haas dalam usaha mereka muncul sebagai juara pengeluar Formula Satu (F1) 2024.

Komatsu secara mengejutkan menggantikan Guenther Steiner sebagai ketua pasukan, selepas Haas menduduki tempat tercorot kejuaraan tahun lalu.

Pemilik pasukan Gene Haas menjelaskan kepada pengetua pasukan baharunya bahawa mereka mesti memperbaiki keputusan pencapaian penamat tahun lalu.

Komatsu ditanya sama ada dia ditetapkan mencapai sasaran tertentu dan dia memaklumkan: "Dari segi kejuaraan, ya.



"Saya rasa saya ingin melihat dalaman dahulu, sebelum saya pergi secara luaran."

Komatsu mengatakan bahawa Gene Haas mahu pasukannya mengelak daripada menduduki tempat tercorot kejuaraan pengeluar sekali lagi, selepas dua dari tiga tahun meraih keputusan itu.

"Ia satu pertandingan jadi tiada siapa yang seronok menjadi yang terakhir," katanya. "Sudah tentu, kami hanya boleh memperbaiki kedudukan itu."

Komatsu menyertai Haas pada 2016 dan yang terbaru adalah pengarah kejuruteraan sebelum menjawat jawatan lama Steiner.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/01/1052876/haas-cabar-komatsu-perbaiki-kedudukan-pengeluar-f1
Pages: [1]
View full version: Haas cabar Komatsu perbaiki kedudukan pengeluar F1


ADVERTISEMENT