mattzzx Publish time 21-1-2024 11:15 AM

2 cedera motosikal langgar pokok tumbang

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhpokap_1705804751.jpg
Dua mangsa yang tersepit selepas melanggar pokok tumbang dibantu anggota bomba di Pokok Sena. - Foto ihsan Bomba

ALOR SETAR: Penunggang dan pembonceng cedera pada kepala selepas motosikal dinaiki mereka terlanggar pokok tumbang di Kampung Derang, dekat Pokok Sena, pagi tadi.

Mangsa membabitkan masing-masing lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an turut tersepit di bawah pokok tumbang itu, memaksa pihak bomba dipanggil untuk membantu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena, Pegawai Bomba Tinggi Bakar Saad berkata, sebuah jentera dengan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 6.31 pagi,

"Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan penyelamatan.



"Mangsa yang berjaya distabilkan kemudian dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/01/1202818/2-cedera-motosikal-langgar-pokok-tumbang
Pages: [1]
View full version: 2 cedera motosikal langgar pokok tumbang


ADVERTISEMENT