mattzzx Publish time 21-1-2024 11:14 AM

Polis tahan lelaki campak helaian al-Quran

https://assets.bharian.com.my/images/articles/PDRM-gari_1705806505.jpg
Foto hiasan

JEMPOL: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan polis selepas didapati mencampak helaian al-Quran di tepi Jalan Besar FELDA Palong, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata polis menerima tiga laporan kejadian yang dibuat orang awam.

Katanya, pengadu yang membuat aduan melihat seorang lelaki menaiki motosikal melempar helaian dan cebisan al-Quran yang sudah dikoyakkan di tepi jalan itu.

"Polis juga menerima aduan orang awam yang menjumpai helaian dan senaskah a-Quran di jalan sama.



"Susulan itu polis menjalankan siasatan dan menangkap seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan.

Hoo berkata, siasatan awal mendapati, suspek mengaku melakukan kejadian itu.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine, selain mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

"Polis membuat permohonan reman ke atas suspek hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/427 Kanun Keseksaan.

"Polis juga mengingatkan semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan video serta gambar kejadian di media sosial," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/01/1202841/polis-tahan-lelaki-campak-helaian-al-quran
Pages: [1]
View full version: Polis tahan lelaki campak helaian al-Quran


ADVERTISEMENT