mattzzx Publish time 21-1-2024 11:04 AM

F1: Ferrari sukar cabar kejuaraan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/FERRARI-2.jpg
SAINZ dan Leclerc dianggap sering melakukan kesilapan yang memberi kesan kepada Ferrari dalam usaha memburu kejuaraan dunia. - AFP

LONDON – Bekas pelumba F1, Ralf Schumacher mengakui ragu dengan kemampuan Ferrari untuk mencabar kejuaraan musim 2024 apabila menganggap pelumba-pelumba pasukan itu sering melakukan kesilapan ‘bodoh’.

Ferrari terus gagal untuk menghalang Red Bull dan Max Verstappen untuk meraih kejuaraan musim lalu dan mendominasi saingan kecuali kejayaan Carlos Sainz yang meraih satu-satunya kejuaraan sepanjang kempen musim 2023.

Schumacher yang pernah memenangi enam perlumbaan grand prix sepanjang kariernya percaya bahawa Sainz dan Charles Leclerc perlu bertanggungjawab ekoran kegagalan yang berlaku dalam perlumbaan kerana melakukan kesilapan mudah.

“Ia bukanlah perkara mustahil (Ferrari merangkul gelaran juara), tetapi sekiranya pelumba mereka tidak melakukan kesilapan.

“Apabila mereka mendahului perlumbaan, mereka adakalanya tersasar atau terlibat dalam insiden kemalangan. Ia adalah kesilapan mudah yang memberi kesan kepada pasukan dan saya beberapa kali terkejut dengan situasi yang mereka hadapi.

“Saya fikir prinsipal pasukan (Fred Vasseur) telah melakukan tugas dengan baik setakat ini, pasukan itu menjadi semakin bagus, kurang melakukan kesilapan di hentian pit dan mampu mencabar kejuaraan. Namun, saya juga mungkin silap,” katanya.

Bekas pelumba dari Jerman itu tanpa berselindung mengakui gandingan Lewis Hamilton dan George Russell dari Mercedes dan pelumba McLaren, Lando Norris dianggap mampu mencabar kemampuan Verstappen musim depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01/21/f1-ferrari-sukar-cabar-kejuaraan/
Pages: [1]
View full version: F1: Ferrari sukar cabar kejuaraan


ADVERTISEMENT