sfhzuraz Publish time 20-1-2024 06:52 PM

Lelaki ditahan disyaki keldai akaun

Lelaki ditahan disyaki keldai akaun

20 Januari 2024 06:13pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/20/2506855.jpg
Polis menahan seorang lelaki semalam disyaki keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM110,000 dalam kejadian di Sungai Korok, di sini baru-baru ini. Gambar hiasan



BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki semalam disyaki keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM110,000 dalam kejadian di Sungai Korok, di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan di Sungai Nibong, dekat sini oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya.


"Berdasarkan siasatan, lelaki itu dipercayai memberikan akaun banknya untuk digunakan oleh sindiket penipuan itu yang telah memperdaya mangsa dalam urusan mendapatkan komisen kerja secara dalam talian.
"Mangsa dipercayai telah melakukan transaksi ke tiga akaun secara dalam talian hingga menyebabkannya kerugian RM110,339.61. Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket penipuan itu," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.


Lelaki itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama
sumber

Pages: [1]
View full version: Lelaki ditahan disyaki keldai akaun


ADVERTISEMENT