mattzzx Publish time 20-1-2024 03:16 PM

Jangan jadi barua, khianat negara

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/baruanappau1_1705730157.jpg
BOT nelayan yang disyaki membawa PATI di tahan di perairan negara oleh Maritim Malaysia tengahari semalam. FOTO Ihsan Maritim Malaysia

Port Dickson: Mereka disifatkan pengkhianat negara apabila dikesan aktif membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara ini melalui jalan laut.

Itu tindakan tiga warga tempatan yang didapati menjalankan kegiatan mengambil upah mengambil dan menghantar PATI dari Indonesia ke Malaysia.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan (MNMNS), Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, kegiatan jenayah itu dikesan Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) berlaku di Kuala Sungai Sepang, Selangor sekitar jam 12.00 tengah hari kelmarin.

"Sebuah bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki membawa PATI warga Indonesia.


"Hasil pemeriksaan terhadap bot itu, pihak kami menahan tiga individu membabitkan tekong dan seorang awak-awak rakyat tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia berumur 49 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kesemua mereka berserta bot dibawa ke Jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022," katanya semalam.

Mohd Khairi meminta orang ramai menyalurkan sebarang maklumat salah laku di laut ke Pusat Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan menerusi talian 06-3876 730 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1052370/jangan-jadi-barua-khianat-negara
Pages: [1]
View full version: Jangan jadi barua, khianat negara


ADVERTISEMENT