mattzzx Publish time 20-1-2024 03:13 PM

12,000 solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Iskandar

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/solartana1_1705728126.jpg
LEBIH 12,000 jemaah hadir mengerjakan solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn, pagi tadi. FOTO Ihsan MEDKOM

Johor Bahru: Lebih 12,000 jemaah hadir mengerjakan solat Subuh di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn di sini, pagi hari ini.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan kehadiran ramai jemaah solat Subuh di masjid negeri itu adalah satu perkembangan yang amat baik susulan penganjuran program Semarak Subuh Johor.

Katanya, jumlah jemaah yang hadir itu menyebabkan solat Subuh di situ terpaksa didirikan dua kali berikutan jemaah yang terlalu ramai.

"Semenjak Masjid Sultan Iskandar didirikan, hari ini adalah hari pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir.



"Syukur Alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program Semarak Subuh Johor dan kempen Solat Subuh Macam Jumaat bertempat di Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn, di sini," katanya dalam kenyataan di muat naik di akaun Facebook.

Pada 23 November lalu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) beragama Islam negeri ini diminta menunaikan solat Subuh berjemaah bersama rakyat pada setiap Jumaat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Sehubungan itu, Onn Hafiz dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM560,000 bagi melaksanakan inisitiaf Semarak Subuh di 56 kawasan DUN sepanjang tahun ini.

Selain bersolat Subuh secara berjemaah, Adun juga dapat bertadabbur al-Quran dan seterusnya menyantuni jemaah di masjid atau surau pada setiap pagi Jumaat dalam kawasan DUN masing-masing.

Dianggarkan sebanyak 2,688 program Semarak Subuh dilaksanakan di seluruh negeri itu mulai tahun ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1052360/12000-solat-subuh-berjemaah-di-masjid-sultan-iskandar
Pages: [1]
View full version: 12,000 solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Iskandar


ADVERTISEMENT