mattzzx Publish time 20-1-2024 01:41 PM

Operator dron maut rempuh babi melintas

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/Untitled-design-2024-01-20T122820.320.png
Pratipp maut selepas merempuh seekor babi di kilometer 7.3, berhampiran kampung Rokan di Tampin pagi tadi.

TAMPIN – Seorang operator dron maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar seekor babi di kilometer 7.3, berhampiran kampung Rokan, di sini, pagi tadi.

Mangsa, A Pratipp, 20, menetap di Felda Bukit Rokan, maut di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah dalam kejadian ketika dia hendak ke tempat kerja.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu membabitkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15.

“Hasil siasatan mendapati penunggang motosikal tersebut dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Bukit Rokan ke tempat kerjanya di IOI Gemencheh.

“Apabila sampai berhampiran kampung Rokan dipercayai mangsa telah melanggar seekor babi hutan yang menyeberang jalan lalu mangsa tercampak ke atas jalan,” katanya kepada pemberita.

Menurut Amiruddien, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa berada di bahagian Forensik Hospital Tampin untuk menjalani bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/20/operator-dron-maut-rempuh-babi-melintas/
Pages: [1]
View full version: Operator dron maut rempuh babi melintas


ADVERTISEMENT