mattzzx Publish time 18-1-2024 03:33 PM

Dua lelaki ditangkap seleweng 5,000 liter diesel bersubsidi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/subsidi-diesel.jpeg
KPDN Negeri Sembilan menyelamatkan 5,000 liter minyak diesel disyaki bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,750 dalam Ops Tiris 3.0 di sebuah premis tanpa nombor di Nilai, malam tadi. - IHSAN KPDN

SEREMBAN – Dua lelaki iaitu pemilik dan pekerja premis ditangkap susulan dipercayai menyeleweng 5,000 liter minyak diesel disyaki bersubsidi dianggarkan bernilai RM10,750 di sebuah premis tanpa nombor di Nilai, di sini, malam tadi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, kedua-dua lelaki berkenaan ditangkap dalam Ops Tiris 3.0 hasil daripada maklumat awam pada pukul 11.45 malam.

Menurutnya, turut disita dalam serbuan tersebut, satu unit skid tank berkapasiti 10,000 liter, empat unit pam minyak berserta hos dan dua unit pam bermeter yang menjadikan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 24,750.

“Serbuan ini melibatkan seramai lima anggota hasil risikan selama dua minggu oleh pasukan serbuan serta turut mengambil kira maklumat daripada orang awam, berkaitan kegiatan yang mencurigai di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan menyeluruh semasa serbuan telah menahan dua lelaki tempatan mengaku sebagai pemilik dan pekerja di premis tersebut. Penahan dibuat bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Muhammad Zahir lagi, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu lain yang turut terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut.

“KPDN Negeri Sembilan akan terus konsisten dan proaktif menggerakkan tindakan penguatkuasaan serta tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN, khususnya dalam membanteras ketirisan dan penyelewengan barang kawalan diesel bagi memastikan aktiviti haram yang boleh menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan negara ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang berurusan dengan barang kawalan berjadual agar mematuhi undang-undang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/18/dua-lelaki-ditangkap-seleweng-5000-liter-diesel-bersubsidi/
Pages: [1]
View full version: Dua lelaki ditangkap seleweng 5,000 liter diesel bersubsidi


ADVERTISEMENT