sfhzuraz Publish time 18-1-2024 02:01 PM

'Prestasi mengecewakan, mengapa mahu naikkan tarif air Pulau Pinang?'- Gerakan

'Prestasi mengecewakan, mengapa mahu naikkan tarif air Pulau Pinang?'- Gerakan


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AIRLANAM1_1705554271.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP



Georgetown: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang membantah kenaikan tarif air oleh kerajaan negeri berikutan rakyatnya tidak dibekal perkhidmatan bekalan air yang baik.
Pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, pihaknya turut mempersoalkan alasan pihak berkuasa Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi menaikkan tarif air sedangkan ia memperoleh keuntungan bersih tahunan hampir RM100 juta dengan prestasi perkhidmatan yang amat mengecewakan.
Katanya, adalah tidak wajar bagi menaikkan tarif air ketika harga semua barang naik buat masa kini dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak sepatutnya menambah beban rakyat.
"Kami mengkritik ketidakcekapan dan isu integriti PBAPP dalam pengendalian masalah gangguan bekalan air dengan mengambil contoh PBAPP gagal menunaikan janjinya bagi memulihkan perkhidmatan bekalan di sesetengah kawasan dalam 24 jam, tetapi ia dilanjutkan sehingga satu minggu.
"Tambahan pula, pada Disember tahun lalu, gangguan bekalan air berlaku secara tiba-tiba di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang.
"Ia berlaku tanpa sebarang notis dengan alasan bahawa kerja pembaikan paip air perlu dilakukan dan dikatakan hanya akan mengambil masa 48 jam, tetapi akhirnya sesetengah kawasan mengalami gangguan bekalan air selama tujuh hari," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Tong Keong berkata, menurut laporan kewangan PBAPP pada Jun 2023, keuntungan selepas cukai PBAPP bagi tahun fiskal 2022 ialah RM77.12 juta dan ia bermakna PBAPP memperoleh keuntungan hampir RM100 juta setiap tahun.
"PBAPP menerima keuntungan tetapi gagal memberi perkhidmatan bekalan air yang baik kepada rakyat maka, ia adalah langsung tidak boleh diterima bagi pihak berkuasa menaikkan tarif air.
Terdahulu, menerusi laporan media, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) mengumumkan pelaksanaan pelarasan tarif air bermula 1 Februari ini, Pulau Pinang masih mengekalkan kadar tarif air terendah.
sumber

Disiarkan pada: Januari 18, 2024 @ 1:04pm




Pages: [1]
View full version: 'Prestasi mengecewakan, mengapa mahu naikkan tarif air Pulau Pinang?'- Gerakan


ADVERTISEMENT