mattzzx Publish time 18-1-2024 11:23 AM

Lima lelaki ditahan gaduh guna kayu rotan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/gaduhmu_1705545285.jpg
Tangkap layar video yang tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah restoran di Bandar Permas Jaya, Johor Bahru, pada Isnin. - NSTP/Tangkap layar video tular

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di depan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata berikutan itu, pihaknya menahan lima suspek lelaki warga tempatan dalam serbuan di empat lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini, kelmarin dan semalam.

Katanya, laporan polis berhubung kejadian diterima pada jam 2.27 petang kelmarin.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menahan lima lelaki berusia 17 hingga 43 tahun. Turut dirampas, dua batang kayu rotan dan dua telefon bimbit.



"Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara semua suspek hingga menyebabkan pergaduhan," katanya menerusi kenyataan, semalam.

Raub berkata, semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai tiga kes jenayah dan dadah.

Bagaimanapun, katanya, ujian saringan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah.

"Semua suspek direman sehari dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 39 saat memaparkan sekumpulan lelaki merusuh menggunakan kayu di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/01/1201649/lima-lelaki-ditahan-gaduh-guna-kayu-rotan
Pages: [1]
View full version: Lima lelaki ditahan gaduh guna kayu rotan


ADVERTISEMENT