mattzzx Publish time 18-1-2024 11:14 AM

Lima lelaki dicekup susulan gaduh guna kayu rotan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gaduahah1_1705543952.jpg
TANGKAP layar video yang tular memaparkan sekumpulan lelaki sedang bergaduh di hadapan sebuah restoran di Bandar Permas Jaya, Johor Bahru pada Isnin. FOTO Tular

Johor Bahru: Perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di depan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, susulan insiden itu, pihaknya menahan lima suspek lelaki warga tempatan dalam serbuan di empat lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini, pada kelmarin dan semalam.

"Polis mengesahkan kejadian, yang mana laporan polis berhubung kejadian itu diterima 2.27 petang kelmarin.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menahan lima lelaki berusia 17 hingga 43 tahun. Turut dirampas, dua batang kayu rotan dan dua telefon bimbit.


"Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara semua suspek hingga menyebabkan pergaduhan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Menurut Raub, semakan rekod lampau mendapati salah seorang suspek mempunyai tiga kes jenayah dan dadah.

Bagaimanapun, ujiran saringan air kencing mendapati semua suspek negatif dadah.

"Semua suspek direman sehari dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 39 saat itu memaparkan sekumpulan lelaki merusuh menggunakan kayu di depan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1051649/lima-lelaki-dicekup-susulan-gaduh-guna-kayu-rotan
Pages: [1]
View full version: Lima lelaki dicekup susulan gaduh guna kayu rotan


ADVERTISEMENT