mattzzx Publish time 18-1-2024 11:03 AM

Banjir Johor kekal, 80 mangsa di tiga PPS

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/banjir-mangsa-banjir-mangsa-banjir-johor-e1705544327688.jpeg
PENDUDUK Kampung Maju Jaya, Jalan Kempas Lama, Johor Bahru mengemas kediaman mereka yang dilanda banjir akibat hujan lebat ketika musim tengkujuh ini.

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini dijangka kekal untuk beberapa hari walaupun keadaan cuaca dijangka semakin baik, dengan seramai 80 mangsa di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka setakat pukul 10 pagi, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, mangsa terdiri daripada 22 keluarga itu melibatkan dua daerah iaitu Batu Pahat dan Segamat.

“Di Segamat, terdapat seramai 65 mangsa di dua PPS, manakala di Batu Pahat pula terdapat seramai 15 mangsa di sebuah PPS.

“Banjir yang melanda Johor sejak awal Januari sehingga hari ini bagaimanapun tidak merekodkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor turut memberitahu, Jabatan Meteorologi tidak mengeluarkan amaran ribut petir.

“Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada juga telah dikeluarkan melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Paras air Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat masih melebihi paras bahaya, begitu juga Empangan Labong di Mersing,” ujarnya.

Dalam masa sama, Azmi turut memaklumkan dua laluan masih ditutup untuk kenderaan sepenuhnya iaitu dua laluan di Lingkaran Kahang Barat di Kluang akibat kejadian cerun runtuh. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/18/banjir-johor-kekal-80-mangsa-di-tiga-pps/
Pages: [1]
View full version: Banjir Johor kekal, 80 mangsa di tiga PPS


ADVERTISEMENT