mattzzx Publish time 18-1-2024 10:52 AM

Yuzy Racing Team sasar akhiri kemarau gelaran

https://assets.bharian.com.my/images/articles/jayu_1705493706.jpg
Aksi Darwisy ketika berlumba dalam kategori CP125. - Yuzy Racing Team

KUALA LUMPUR: Dua musim tanpa gelaran harus memeningkan atlet mahupun pasukan.

Itulah yang dirasai Yuzy Racing Team yang berharap dapat menamatkan kemarau dua musim tanpa gelaran pada kempen Kejuaraan Cub Prix 2024 yang membuka tirainya, Mac ini.

Kali terakhir pasukan itu meraih gelaran adalah menerusi Azroy Hakeem Anuar pada tahun 2021 dan untuk musim baharu ini, pelumba berusia 24 tahun itu akan bergandingan bersama rakan seperjuangannya Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dan muka baharu, Ahmad Darwisy Ahmad Sahir.

"Kita ada pelumba baharu. Azroy dan Shazras masih kekal untuk musim 2024 dan kita tampilkan seorang pelumba baharu berusia 16 tahun untuk CP150 iaitu Darwisy. Kita dapat rasakan yang gabungan tiga pelumba ini akan lebih berjaya bagi musim 2024.



"Tahun lalu, Darwisy berlumba dalam kelas CP125 dan juga di Asia Talent Cup (ATC), jadi saya rasa dia cukup matang untuk ke CP150. Dalam masa sama, kita kekalkan konsep untuk pembangunan pelumba, kita angkat dia dari CP125 ke CP150.

"Dia berpengalaman dan perlumbaan tempatan Cub Prix dan juga MSBK (Kejuaraan Superbike Malaysia), jadi dia layak (untuk beraksi di CP150)," kata prinsipal pasukan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

Kempen 2023 menyaksikan Azroy menamatkan saingan di tangga ketiga keseluruhan dengan 144 mata di belakang dua pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Afif Amran dan juara musim lalu, Md Akid Aziz.

"Kalau diikutkan, misi kali ini lebih besar, kita sentiasa mahu mengejar kejuaraan tetapi atas perkara-perkara yang di luar dugaan dan kawalan, ia serba sedikit merencatkan peluang Azroy untuk dapatkan gelaran pada tahun lalu.

"Namun tidak mengapa dan kita sentiasa sentiasa bersyukur dan menerima semua itu dan kami akan terus berusaha," kata legenda sukan permotoran dua roda itu.

Musim baharu 2024 yang merangkumi 10 perlumbaan pusingan dijadual membuka tirainya pada 2 Mac ini di Jasin Bestari, Melaka.
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2024/01/1201557/yuzy-racing-team-sasar-akhiri-kemarau-gelaran
Pages: [1]
View full version: Yuzy Racing Team sasar akhiri kemarau gelaran


ADVERTISEMENT