sfhzuraz Publish time 17-1-2024 07:47 PM

Langgar 2 urus niaga berkaitan beras, kilang di Kedah didenda RM12,000

Langgar 2 urus niaga berkaitan beras, kilang di Kedah didenda RM12,000


Januari 17, 2024 @ 6:36pm


https://assets.bharian.com.my/images/articles/BERAS_PUTIH_IMPORT_1705487785.jpg
Foto hiasan.


ALOR SETAR: Sebuah kilang beras di Kota Sarang Semut, di sini, didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Yan Isnin lalu, selepas mengaku salah atas dua kesalahan termasuk menjual beras gred hancur kepada pihak tidak berlesen.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd, turut mengaku bersalah atas kesalahan perselisihan kuantiti beras hancur pada rekod berbanding stok fizikal dalam milikan.
"Pada 7 Oktober 2023, Task Force Khas Bersepadu Op Beras Putih Tempatan (BPT) melalui sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) Negeri Kedah, bertindak membuat pemeriksaan stok beras di premis perniagaan Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd di Kota Sarang Semut, Alor Setar.
"Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan hasil maklumat orang awam. Hasil pemeriksaan mendapati kilang berkenaan menjual lima guni berisi beras gred hancur berjumlah 250 kilogram (kg) kepada pihak tidak memiliki lesen pada 24 September 2023.
"Pemeriksaan dijalankan juga mendapati, terdapat perselisihan kuantiti beras hancur dalam milikan berbanding penyata rekod stok yang diberikan oleh pengilang. Dalam perkara ini, pihak KPB Kedah bertindak merampas 10,593.70kg beras hancur berkenaan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan sama memaklumkan bagi kesalahan pertama, kilang beras itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(1)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 , iaitu tidak boleh menjual beras kepada mana-mana orang kecuali kepada pemegang Lesen Borong.
Bagi kesalahan kedua, syarikat berkenaan melanggar Seksyen 8(2) Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 .
"Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 bagi pertuduhan pertama dan RM5,000 bagi pertuduhan kedua ke atas Kilang Beras Seng Wor Sdn Bhd dan hasil rampasan bernilai RM25,000 dijadikan hasil kerajaan," katanya.
Kenyataan KPKM itu juga memaklumkan, bekalan beras tempatan di pasaran sejak beberapa bulan lalu mengalami gangguan, susulan peningkatan permintaan terhadap BPT dan tindakan tidak bertanggungjawab pengilang memberi kesan kepada keberadaan bekalan bahan itu di pasaran.
"KPKM memberi peringatan kepada pengilang padi, pemborong dan peruncit beras selaku pemegang lesen, supaya mematuhi peruntukan perundangan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
"Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil sekiranya pemegang lesen gagal mematuhinya," katanya. - BERNAMA
sumber





Pages: [1]
View full version: Langgar 2 urus niaga berkaitan beras, kilang di Kedah didenda RM12,000


ADVERTISEMENT