sfhzuraz Publish time 17-1-2024 05:50 PM

Keterangan pegawai kanan polis tolak kekasih belum direkod

Keterangan pegawai kanan polis tolak kekasih belum direkod

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
17 Januari 2024 04:35pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/17/2502864.jpg
Laporan Sinar Harian pada Isnin lalu. Gambar kecil: Khaw Kok Chin



GEORGE TOWN - Polis masih belum merekodkan kenyataan seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor yang didakwa menolak teman wanitanya dari Jambatan Pulau Pinang dalam kejadian Isnin lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, pegawai polis berusia 37 tahun kini masih dirawat di hospital kerana mengalami patah bahu kiri.


"Ketika ini, pegawai tersebut masih belum boleh bergerak.
"Kita belum merekodkan keterangannya kerana dia masih dirawat berikutan kecederaan yang dialaminya itu," katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.


Dalam kejadian pada jam 7.49 malam, Isnin, sepasang kekasih terselamat selepas kedua-dua mereka terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.
Sebelum itu, kedua-dua mereka yang menaiki sebuah kereta dipercayai bertengkar.
Kejadian berlaku di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari pusat bandar ke Perai.
Tambah Kok Chin, setakat ini, polis telah merekodkan keterangan daripada tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.



“Setakat ini, kami telah merekodkan kenyataan mangsa wanita, anggota tentera yang menyelamatkan kedua-dua mangsa serta doktor yang merawat mereka,” katanya.
Pada Selasa, polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan terhadap kes berkenaan.


Ia berikutan, mangsa wanita yang berusia 40 tahun mendakwa dia ditolak kekasihnya yang juga seorang pegawai kanan polis.
Mangsa yang bekerja di sebuah kilang itu didakwa ditolak teman lelakinya selepas mereka bertengkar di hentian Jambatan Pulau Pinang.
sumber

Pages: [1]
View full version: Keterangan pegawai kanan polis tolak kekasih belum direkod


ADVERTISEMENT