Abahmung Publish time 17-1-2024 12:56 PM

Gambar menu di Majlis Santapan Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha tular

Edited by Abahmung at 17-1-2024 12:58 PM

Gambar menu di Majlis Santapan Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha tular
Oleh KOSMO!
17 Januari 2024, 12:01 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-17-at-11.44.01-AM.jpeg
Antara gambar-gambar hidangan yang dikongsikan di media sosial.


PETALING JAYA – Selepas tular senarai menu di Majlis Persantapan Diraja Pengantin Diraja, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah, hari ini tular pula gambar-gambar hidangan berkenaan.

Menerusi perkongsian @arfdy12 di aplikasi X, beberapa gambar hidangan dikongsikan antaranya salad ketam Alaska dengan kaviar Iran, udang kara dengan salad betik muda, sorbet mangga bersama sarang burung walit, dan daging wagyu percik dengan trufel.

Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai reaksi orang ramai yang mengikuti istiadat perkahwinan diraja berkenaan, sejak hari pertama ia berlangsung.

“Kalau aku, pencuci mulut ni kecuali aiskrim, aku tapau bawak balik ja. Tak larat nak habiskan seorang. Aku jenis makan kena bagi habis, tak baik membazir,” kata @FaHussMo.

“Cantik!,” puji @WhitoutKey_.

“Sepatutnya kena ada oren masam dengan air sirap, baru kenduri kahwin,” komen TSharipp.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. – KOSMO! ONLINE

hyie Publish time 17-1-2024 01:39 PM

macam mana nak makan tu ye? :lol: iols kalau hidangan eksklusif gini rasa segan nak makan depan orang ramai sebab tak reti makan dengan cara yang betul, macam kena tuang kuah dulu bagi cair baru masuk mulut etc...pastu risau sudu terpelanting :lol:

Barebow77 Publish time 17-1-2024 01:44 PM

hyie replied at 17-1-2024 01:39 PM
macam mana nak makan tu ye?iols kalau hidangan eksklusif gini rasa segan nak makan depan oran ...

Sama lah ai pun..mau terkebil2 dok mikir cara nak gigit lagu mana..kena tuang sos ke hapa..guna sudu garpu yang mana..xpelah..ai marhaen jer..makan yang beli pasar malam pun bercukur dah..:lol:

B40tastePosh Publish time 17-1-2024 01:47 PM

Edited by B40tastePosh at 17-1-2024 01:50 PM

Tak Authentic Melayu langsung...takda ciri ciri Melayu Totok langsung.

Sepatutnya lauk Hati Pari ke, lauk Telur Ikan Mayong ke Telur Ikan Tenggiri ke, Teluk Ikan Tembakul ke...baru lah betul betul Authentic Melayu...sesuai dgn status ketua adat resam Melayu.

Kepala dah tak betul jangan expect ekor pun betul...rakyat bawah makan fake cheese dgn ikan terubuk siam...ko rasa betul ke???

Tak support local economy dan nelayan Brunei langsung.

Rajawali Publish time 17-1-2024 01:59 PM

standard rakyat ...nasi minyak,ayam masak merah,daging masak hitam,jelatah/acartimun nenas,buah oren sebijik belah 6,tembikai potong besar 2 jari...sirap merah saja tak manih,side dish,laksa ceroi,kadang kadang bubur kacang/gandum terlajak manis.aiskrim malaysia macam macam kaler,kekadang jumpak jugak ada apom balik nipis keras dengan teh tarik limited edision (satu bekas je sbb jiran sponsor) dan kalau tuan rumah berduit sikit jumpa la kambing bakar yang orang berbaris panjang dengan gigihnya ditengah panas macam tak pernah jumpa seumur hidup..

ini realiti rakyat b40/m40 malaysia korang boleh sambung...

stingergrumpy Publish time 17-1-2024 02:03 PM

Kakaros can do better...

batmana Publish time 17-1-2024 02:18 PM

Patut bandingkan dgn makanan penduduk Gaza kt sblhnya

hashashes Publish time 17-1-2024 02:29 PM

hyie replied at 17-1-2024 01:39 PM
macam mana nak makan tu ye?iols kalau hidangan eksklusif gini rasa segan nak makan depan oran ...

Meols teringat ada filem ni, couple ni g makan fine dining Pastu kena tuang air dulu kat benda putih atas pinggan, Pastu dah kembang benda tu dia masuk kan dalam mulut. Rupa2nya tu tisu basah untuk lap tangan {:1_530:} pastu boyfren dia cakap sorry book tempat makan kat sini, dia cakap burger king dah penuh lol

LadyCarefree Publish time 17-1-2024 02:29 PM

terkesima betapa Islamicnya menu tu

salimrock Publish time 17-1-2024 03:02 PM

hashashes replied at 17-1-2024 02:29 PM
Meols teringat ada filem ni, couple ni g makan fine dining Pastu kena tuang air dulu kat benda put ...

ha, ye la, aku pn ada tgk citer tu, tp aku lupa , citer apa ek? igtkan maknan, rupa2nya tisu basah yg dikembangkan dlm air

lee_sakura Publish time 17-1-2024 03:04 PM

yg penting setiap hidangan ada gold leaves

salimrock Publish time 17-1-2024 03:05 PM

B40tastePosh replied at 17-1-2024 01:47 PM
Tak Authentic Melayu langsung...takda ciri ciri Melayu Totok langsung.

Sepatutnya lauk Hati Pari ke ...

itu zaman sultan mansur syah, 1370 - 1800 boleh la, skrg dah dasar pandang ke barat, apa2 yg barat buat, dipandang posh hockay..

tak posh la makan telur ikan mayong, kena makan telur ikan sturgeon baru class, hehe


stingergrumpy Publish time 17-1-2024 03:08 PM

salimrock replied at 17-1-2024 03:05 PM
itu zaman sultan mansur syah, 1370 - 1800 boleh la, skrg dah dasar pandang ke barat, apa2 yg barat ...

Foi gras baru namanyer menu kayangan...bukan ayam goreng kunyit cecah kicap mahsuri nasi panas panas kheunz?

Kahkahkahkahkahkah

stingergrumpy Publish time 17-1-2024 03:09 PM

LadyCarefree replied at 17-1-2024 02:29 PM
terkesima betapa Islamicnya menu tu

Menu islamic iteww sebenarnyer macam mana?

salimrock Publish time 17-1-2024 03:09 PM

aku tak terfikir pn, mcm mana nak makan, sebab konfirm mmg tak akan dpt jemputan majlis mcm ni haha..

MissVixen Publish time 17-1-2024 03:12 PM

B40tastePosh replied at 17-1-2024 01:47 PM
Tak Authentic Melayu langsung...takda ciri ciri Melayu Totok langsung.

Sepatutnya lauk Hati Pari ke ...

Biasa le posh. Yang kaya2, raja2 hantar anak belajar ke london. Walaupun muka totok, cari isteri ke 2. 3, 4 pon minah saleh, pan asia. Bila cuti, pergi berehat dan shopping di europe. Depan rakyat berlakon pakai jubah, hukum hudud etc.
Pembela bangsa dan agama konon.

kucingitam Publish time 17-1-2024 03:13 PM

stingergrumpy replied at 17-1-2024 03:09 PM
Menu islamic iteww sebenarnyer macam mana?

kurma 3 biji, ayaq kosong segelas kot.

tripleid Publish time 17-1-2024 03:13 PM

Amboi3x menu x ingat donya...tak ingat kat ummah Fulastin yg saban hari di bom yisroel kah??..kata terpaling plastin sgttt{:1_550:}

cantthinkofany Publish time 17-1-2024 03:14 PM

kenyang ke?

balik mesti buat mee cup....

stingergrumpy Publish time 17-1-2024 03:19 PM

kucingitam replied at 17-1-2024 03:13 PM
kurma 3 biji, ayaq kosong segelas kot.

Semestinyer....

Kahkahkahkahkahkahkah
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Gambar menu di Majlis Santapan Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha tular


ADVERTISEMENT