mattzzx Publish time 17-1-2024 12:38 PM

McLaren mahu khidmat Norris, Piastri untuk jangka panjang

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/norris17_1705463738.jpg
NORRIS turut menarik minat Red Bull. -FOTO AFP

Woking, England: Ketua Eksekutif McLaren, Zak Brown menganggap Lando Norris dan Oscar Piastri sebagai satu gandingan untuk jangka masa panjang dalam Formula Satu (F1) dan yakin mereka dapat meyakinkan Norris untuk kekal sehingga tahun depan.

Norris, 24, bersedia memulakan musim keenamnya bersama McLaren manakala pelumba dari Australia, Piastri, 22, tampil menerusi penampilan sulung dengan prestasi yang baik pada tahun lalu selepas terbabit dengan pertikaian undang-undang sebelum ini dengan Alpine yang dimiliki Renault pada 2022.

Pasukan juara Red Bull juga menyatakan minat mereka terhadap Norris yang bakal menamatkan kontraknya dengan McLaren pada penghujung 2025 dengan sukan ini juga sedang memasuki era baharu dengan beberapa pendekatan baharu pada 2026 kelak.

"Kami mempunyai kontrak dengan Lando untuk beberapa tahun lagi dan tentunya kami dalam perbincangan dengannya secara berterusan.



"Kami sangat memberi tumpuan kepada perkara yang bersifat jangka pendek buat masa ini tetapi 2026 sudah tidak lama dan kami mahu terus mengekalkan Lando dan Oscar untuk masa depan," kata Brown.

Piastri mempunyai kontrak sehingga akhir tahun 2026 dan Brown menyatakan hasratnya adalah untuk menjaga semua pekerja, penaja dan pelumbanya supaya mereka ingin menjadi sebahagian daripada McLaren.

"Saya cenderung memberi tumpuan untuk memastikan persekitaran McLaren menjadi persekitaran terbaik dan orang ramai ingin bersama kami kerana pada hakikatnya anda tidak dapat mengawal perkara luar terhadap pelbagai individu itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2024/01/1051321/mclaren-mahu-khidmat-norris-piastri-untuk-jangka-panjang
Pages: [1]
View full version: McLaren mahu khidmat Norris, Piastri untuk jangka panjang


ADVERTISEMENT