mattzzx Publish time 17-1-2024 12:35 PM

Remaja didakwa bunuh warga emas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BOI_copy_1705463055.jpg
Seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh seorang warga emas awal Januari lalu. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang warga emas awal Januari lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh membunuh Muhammad Zahid Nagappan, 74, di sebuah rumah di Kampung Pasir, Jalan Siliau, Rantau di Seremban.

Perbuatan itu dilakukan pada 3 Januari 2024 antara jam lebih kurang 11.30 malam hingga 4 Januari 2024 jam lebih kurang 10 pagi.



Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya M Pusppa tidak mencadangkan jaminan memandangkan kes di bawah 302 Kanun Keseksaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 18 Mac untuk sebutan semula kes.

Media pada 4 Januari lalu melaporkan lelaki warga emas maut dengan kesan tikaman pada badan dan kaki di sebuah rumah di Kampung Pasir.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua beradik lelaki berusia 18 dan 25 tahun bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1051312/remaja-didakwa-bunuh-warga-emas
Pages: [1]
View full version: Remaja didakwa bunuh warga emas


ADVERTISEMENT