mattzzx Publish time 17-1-2024 12:24 PM

Belasah isteri hingga koma, bekas suami Jahidah diarah bela diri

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-17-at-11.08.47-AM.jpeg
ROMAINI yang dituduh membelasah isterinya sehingga koma tiga tahun lalu hadir ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga yang didakwa membelasah bekas isteri, Jahidah Nordin, 46, hingga koma tiga tahun tahun lalu diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Majistret Fatimah Zahari membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Rosmaini Abd. Raof, 41, selepas pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie.

“Setelah mahkamah meneliti hujahan pendakwaan, dokumen eksibit dan hujan bertulis diakhir pendakwaan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

“Tertuduh diarah membela diri mengikut pertuduhan Seksyen 325/326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tertuduh diberi tiga pilihan untuk membela diri iaitu pertama dengan berdiam diri dan tidak menjawap pertuduhan, kedua, lelaki itu boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi atau memberi keterangan secara bersumpah.

Peguam, TC Lim yang menggantikan peguam bela, Salleh Togimin yang mewakili tertuduh berkata anak guamnya akan memberi keterangan secara bersumpah.

Hakim kemudiannya menetapkan prosiding membela diri pada 24 Januari depan.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-17-at-11.12.18-AM-1024x683.jpeg
Jahidah yang terlantar akibat dibelasah suaminya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Bari’ah Jalil.

Mengikut pertuduhan, Rosmaini didakwa memukul bekas isteri yang juga isteri ketiga ketika itu sedang hamil empat minggu dengan memukul kepala, muka, tangan serta menghentakkan kaki pada belakang tangan sehingga cedera parah.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin di sini pada pukul 6 pagi, 4 Mei 2021.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Seksyen 325 memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Terdahulu, Kosmo! pada 17 Mei 2021 melaporkan seorang kakitangan awam di negeri ini terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas dipercayai dibelasah suaminya dalam kejadian pada 4 Mei lalu.

Jahidah yang pada ketika itu berusia 43 tahun merupakan kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) me­ngalami kecede­raan parah dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai dipukul.

Pada 29 November 2021, Jahidah selamat melahirkan melahirkan bayi lelaki secara pembedahan kira-kira pukul 9 malam di Hospital Tuanku Ja’afar, Ssremban, Negeri Sembilan.

Pada 15 Mac tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah Seremban dilaporkan membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Februari 2023. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01/17/video-belasah-isteri-hingga-koma-bekas-suami-diarah-bela-diri/
Pages: [1]
View full version: Belasah isteri hingga koma, bekas suami Jahidah diarah bela diri


ADVERTISEMENT