mattzzx Publish time 17-1-2024 11:21 AM

Bimbang kantoi mengandung, pelajar buat laporan palsu

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/polis_1705461019.jpg
GAMBAR hiasan

Jempol: Bimbang diri sudah mengandung diketahui keluarga, seorang pelajar kolej berusia 20 tahun membuat laporan polis palsu mendakwa menjadi mangsa rogol.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata menerima laporan dibuat pelajar berkenaan di Balai Polis Batu Kikir pada jam 7.26 malam semalam.

Katanya polis kemudian menjalankan siasatan termasuk merakam keterangan mangsa yang mendakwa dirogol pada jam 6.15 petang, semalam di sebuah rumah di Kampung Serting Ilir, Bahau.

"Pelajar itu mendakwa dirogol selepas kediamannya dimasuki lelaki tidak dikenali yang memakai pakaian berwarna hitam dan topeng.



"Pihak forensik yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai spesimen atau cecair air mani di tempat kejadian.

"Pelajar itu kemudian dibawa ke Hospital Jempol untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati pelajar itu tidak mengalami kecederaan sebaliknya sudah mengandung lima minggu, "katanya hari ini.

Hoo berkata pemeriksaan pada telefon bimbit pelajar itu mendapati, ada perbualan yang mencurigakan bersama teman lelakinya

Katanya ketika disoal siasat pelajar itu mengaku laporan dibuat adalah palsu dan rekaan semata-mata.

"Pelajar itu membuat laporan palsu disebabkan sudah mengandung hasil daripada hubungan seks dengan teman lelakinya dan takut diketahui keluarga.

"Kes disiasat mengikut Sekysen 182 Kanun Keseksaan dan polis akan memohon perintah untuk menyiasat (OTI) daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya sebelum meneruskan siasatan, "katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1051300/bimbang-kantoi-mengandung-pelajar-buat-laporan-palsu
Pages: [1]
View full version: Bimbang kantoi mengandung, pelajar buat laporan palsu


ADVERTISEMENT