mattzzx Publish time 16-1-2024 01:38 PM

Rempuh kereta polis, lelaki dipenjara 6 bulan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Jail100124_1705381954.jpg
FOTO HIASAN.

Rembau: Seorang pekerja perkhidmatan penyajian makanan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku salah melanggar kereta peronda Polis Diraja Malaysia.

Tertuduh, Ismail Abd Rahman, 26, dari Tanjong Kling, Melaka mengaku salah melakukan perbuatan itu sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menghalang penjawat awam iaitu dua anggota polis dengan melanggar kenderaan yang dinaiki mereka.

Dia melakukan perbuatan itu pada jam 11.30 pagi, 7 Januari lalu di hadapan sebuah masjid di Kampung Relong, Kota dan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.



Mahkamah turut mengenakan denda RM2,000 ke atas Ismail dan sekiranya gagal membayar, tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan.

Mengikut fakta kes, anggota polis yang menjalankan tugas rondaan cuba menahan kereta Proton Wira dipandu tertuduh untuk tujuan pemeriksaan namun tertuduh terus memecut ke arah Kampung Relong sebelum berhenti selepas mendapati jalan berkenaan adalah jalan mati.

Selepas berpatah balik, kenderaan dipandu tertuduh berhadapan dengan kereta peronda polis sebelum tertuduh diminta keluar dari kereta bagi tujuan pemeriksaan.

Tertuduh yang enggan memberhentikan kereta terus merempuh sebelah kiri bahagian hadapan kereta peronda polis berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Roslaili Alias.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1051012/rempuh-kereta-polis-lelaki-dipenjara-6-bulan

Supersirap Publish time 16-1-2024 02:17 PM

Macam-macam kes sekarang ni
Pages: [1]
View full version: Rempuh kereta polis, lelaki dipenjara 6 bulan


ADVERTISEMENT