mattzzx Publish time 16-1-2024 01:35 PM

Lebih 2 minggu ketukan misteri, penduduk dah penat, tertekan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj48772988_1705376752.jpg
MARINA menceritakan pengalaman melihat kelibat lembaga hitam di hadapan rumahnya, 11 Januari lalu. FOTO arkib NSTP

Kuala Pilah: Selepas lebih dua minggu berlalu, gangguan ketukan misteri dan penampakan lembaga hitam di Kampung Kepis, dekat sini, belum menunjukkan tanda reda.

Penduduk mula terasa penat dan tertekan dengan keadaan itu kerana terpaksa berjaga setiap malam selain sentiasa berada dalam ketakutan kerana tidak tahu apa motif dan tujuan sebenar gangguan berkenaan.

Penduduk, Marina Mohd Noor, 47, berkata, setiap malam mesti ada pelbagai gangguan di rumah ibunya, namun sedikit lega kerana ada golongan lelaki yang berjaga-jaga di ruang tamu.

"Kami semua terpaksa berkumpul di rumah ibu kerana apabila ramai, rasa takut berkurang. Lagi pula ada adik-beradik dan ipar serta anak saudara lelaki yang sentiasa berjaga di ruang tamu.



"Namun, situasi ini agak memenatkan dan memberi tekanan kepada kami selain mengganggu kehidupan seharian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Marina berkata, mereka sekeluarga terpaksa menghubungi anak saudara lelaki yang bekerja di luar Kuala Pilah supaya pulang ke rumah ibunya bagi meramaikan golongan lelaki.

"Kami tidak tahu tujuan gangguan itu, adakah untuk mencederakan, mencuri, merasuk atau sekadar gangguan sahaja. Jadi kami kena bersedia setiap masa.

"Anak saudara yang bekerja di Seremban, Kuala Lumpur dan Putrajaya bergilir-gilir mengambil cuti dan pulang ke kampung. Ia memang mengganggu rutin kami semua," katanya yang sudah diganggu lebih lima kali.

Sementar itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kepis Hilir, Mohmmad Sah Sulaiman, 44, berkata, dia memanggil pengamal perubatan Islam pada Selasa lalu.

"Selepas ustaz itu melihat keadaan dan menjalankan ikhtiarnya, Alhamdulillah gangguan berkurangan selama dua malam, namun ia menjadi-jadi selepas itu.

"Terbaru malam tadi, seorang penduduk yang mahu memasang elektrik pada dawai kebunnya ternampak lembaga hitam berupa manusia di hadapan rumah seorang jiran, namun selepas kami tiba, tiada apa-apa.

"Selepas kami beredar, penduduk yang sama ternampak lembaga sama ketika pulang ke rumahnya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1050985/lebih-2-minggu-ketukan-misteri-penduduk-dah-penat-tertekan
Pages: [1]
View full version: Lebih 2 minggu ketukan misteri, penduduk dah penat, tertekan


ADVERTISEMENT