mattzzx Publish time 16-1-2024 01:33 PM

9 warga asing disyaki kerja tanpa permit, tinggal lebih masa

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/gari2_1705370856.jpg
Foto hiasan

Iskandar Puteri: Jabatan Imigresen Johor menahan sembilan warga asing yang disyaki bekerja tanpa permit sah dan tinggal melebihi masa dalam Op Hijau di sebuah tapak semaian di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Baharuddin Tahir berkata, serbuan 10.40 pagi itu adalah susulan aduan orang awam bahawa terdapat beberapa warga asing yang bekerja tanpa pas atau permit yang sah.

Beliau berkata, sepasukan pegawai daripada bahagian penguat kuasa jabatan itu memeriksa 26 warga asing sebelum menahan sembilan daripada mereka.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta dua lelaki warga Myanmar, berusia dalam lingkungan 28 hingga 48 tahun.



"Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala seorang lelaki tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Baharuddin juga berkata, sembilan premis di daerah Muar dan dua premis di Endau, Mersing diperiksa dalam Op Sapu, Op Belanja, Op Minyak, Op Kutip, Op Mahir serta Op Pelantar.

Beliau berkata, tindakan diambil susulan maklumat awam bahawa terdapat warga asing yang melanggar syarat pas di premis terbabit.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki warga Bangladesh, dua lelaki Myanmar, seorang lelaki warga Nepal dan seorang lelaki Vietnam berusia dalam lingkungan 22 hingga 38 tahun.

"Kes disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," menurutnya dalam kenyataan berasingan.

Baharuddin berkata, lima notis hadir ke pejabat turut dikeluarkan dalam operasi terbabit kepada beberapa individu bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1050952/9-warga-asing-disyaki-kerja-tanpa-permit-tinggal-lebih-masa
Pages: [1]
View full version: 9 warga asing disyaki kerja tanpa permit, tinggal lebih masa


ADVERTISEMENT