mattzzx Publish time 15-1-2024 05:38 PM

Bakal raja sehari didakwa rogol gadis sehingga lahir bayi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-15-at-16.10.36-1.jpeg
MOHAMAD HAIDIL didakwa merogol gadis di Mahkamah Sesyen Muar hari ini.

MUAR – Seorang buruh kebun kelapa sawit yang bakal menamatkan zaman bujang bulan depan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menodai remaja bawah umur sehingga melahirkan anak, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Haidil Haiqal Abdullah, 20, yang ditemani tunangnya, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, dia bekerja kebun sawit didakwa merogol seorang gadis yang juga kenalannya berusia 13 tahun di sebuah rumah di Kluang, antara Mei hingga November 2022.

Pertuduhan dikemukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa, mangsa sudah melahirkan bayi pada Mei iaitu seminggu selepas tertuduh ditahan polis pada 30 April tahun lalu.

Hujahnya, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas bayi yang dilahirkan mangsa mendapati ia sepadan dengan tertuduh.

“Dalam kes ini, mangsa masih di bawah umur dan kesalahan ini adalah serius. Pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh,” katanya.

Selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan, mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Mahkamah juga menetapkan 27 Februari ini untuk fakta kes, hukuman serta laporan sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan tertuduh pesalah muda.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01/15/bakal-raja-sehari-didakwa-rogol-gadis-sehingga-lahir-bayi/
Pages: [1]
View full version: Bakal raja sehari didakwa rogol gadis sehingga lahir bayi


ADVERTISEMENT