mattzzx Publish time 15-1-2024 12:36 PM

Prizmic buat Djokovic mandi peluh

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TENNIS-AUS-OPEN_1705291099.jpg
DJOKOVIC (kiri) bersalaman dengan Prizmic selepas perlawanan. FOTO AFP

Melbourne: Pemain tenis nombor satu dunia dan pilihan utama, Novak Djokovic memulakan misi di Terbuka Australia dengan kemenangan, semalam, tetapi pemain remaja Croatia, Dino Prizmic, 18, membuatnya bekerja keras untuk mempertahankan gelaran itu.

Pemain Serbia yang memburu kemenangan ke-25 di kejohanan utama itu memerlukan kurang empat jam untuk menewaskan Prizmic 6-2, 6-7 (5), 6-3, 6-4 dalam penampilan pertamanya di kejohanan utama itu.

Prizmic selaku layak dari peringkat kelayakan mendahului 3-2 sebelum Djokovic bangkit melakar kemenangan.

Ini adalah perlawanan pusingan pertama terpanjang dalam sejarah karier Djokovic.



"Dia layak menerima setiap tepukan dan penghargaan yang diterima malam ini.

"Dia pemain luar biasa, sangat matang untuk usianya dan dia mengendalikan dirinya dengan sangat baik di gelanggang.

"Sejujurnya inilah saatnya dan ia boleh menjadi perlawanannya. Dia mendahului dengan satu kelebihan pukulan dalam set ketiga, kekal berjuang walaupun ketinggalan 0-4 dan berada di belakang satu kelebihan pukulan dalam set keempat.

"Dia sudah berjuang dan menunjukkan mentaliti dan ketahanan yang hebat. Dia benar-benar membuat saya bersusah payah malam ini," kata Djokovic.

Djokovic memegang rekod 10 kali gelaran Terbuka Australia dan memperoleh 90-8 di Melbourne, namun ini mungkin bukan ujian pusingan pembukaan dijangkakannya.

"Jelas saya bergelut dalam banyak momen berbeza malam ini, tetapi penghargaan ini adalah untuknya.

"Dia memiliki jawapan untuk segala-galanya disebabkan rancangan permainannya yang luar biasa dan fizikalnya pun bagus," kata pemain berusia 36 tahun itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2024/01/1050653/prizmic-buat-djokovic-mandi-peluh
Pages: [1]
View full version: Prizmic buat Djokovic mandi peluh


ADVERTISEMENT