mattzzx Publish time 15-1-2024 12:18 PM

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/JASON-MAMOA-GELANDANGAN.jpg
JASON MAMOA

NAMPAK gah, namun siapa sangka pelakon Jason Mamoa kini tidak lagi memiliki rumah dan hanya menjalani kehidupan di jalanan.

Pelakon berusia 44 tahun itu mendedahkan perkara kehidupan peribadinya menerusi dokumentari berjudul, On The Roam yang bakal ditayangkan pada 18 Januari nanti menerusi saluran HBO Max.

“Sekarang saya tidak lagi memiliki kediaman. Saya tinggal di jalan raya,” katanya.

Ujar pelakon filem Aquaman itu lagi, dia berhasrat untuk berhijrah ke New Zealand dan menjalani kehidupan sebagai seniman jalanan di sana menerusi projek Minecraft.

“Di sana (New Zealand) terdapat sekumpulan seniman yang menjadikan bekas-bekas terbuang sebagai karya seni,” katanya.

Sebelum ini, Mamoa mengumumkan perceraiannya dengan isteri yang juga aktres, Lisa Bonet pada 2022 selepas 16 tahun hidup bersama.

https://www.kosmo.com.my/2024/01/15/hero-aquaman-jason-mamoa-hidup-gelandangan/

Yoonggi Publish time 16-1-2024 12:49 PM

dia mmg pilih utk jd homeless ke caner nih? xkan xde duit dah? kan ada buat movie Aquaman 2 kan? and mesti ada pilem lain gak kan? ke xde?

seribulan Publish time 18-1-2024 07:14 PM

Yoonggi replied at 16-1-2024 11:49 AM
dia mmg pilih utk jd homeless ke caner nih? xkan xde duit dah? kan ada buat movie Aquaman 2 kan? and ...
Fast X kan...

JahLupa Publish time 18-1-2024 08:57 PM

Nak kata jobless, mcm x je..

amoramor Publish time 20-1-2024 08:05 AM

Hidup adalah pilihan heolssss… job bkn x lebat pilih hidup cenggini

delia3003 Publish time 21-1-2024 04:19 PM

JahLupa replied at 18-1-2024 08:57 PM
Nak kata jobless, mcm x je..

I rasa lebih kepada untuk program ni je. Dia dah kaya raya. Job pun lebat. Maybe kurang sikit harta lepas dah bercerai ni sebab harta pun kena split tapi tetap kaya raya.

AbukRokok Publish time 21-1-2024 09:04 PM

ke dah jd miskin sbb bercerai..harta semua disedot bekas bini

cantthinkofany Publish time 26-1-2024 03:36 PM

kalau bercerai sbb bini yg salah....bini still boleh sedut eh?...tak de kaitan ngan kes dia ni...just curious...

ReginaGeorge Publish time 5-2-2024 12:24 PM

Kalau artis msia, confirm dah merayu2 minta bantuan macam2. Sanggup masuk bersamu daripada hidup gelandangan.

delia3003 Publish time 6-2-2024 12:41 AM

Edited by delia3003 at 6-2-2024 12:58 AM

ReginaGeorge replied at 5-2-2024 12:24 PM
Kalau artis msia, confirm dah merayu2 minta bantuan macam2. Sanggup masuk bersamu daripada hidup gel ...

Dia bukan susah, masih kaya. 'Homeless' untuk documentary ni je, On The Roam. Misleading betul artikel ni.

Bab takde rumah tu betul la tapi sementara je la kot bukan sebab miskin, baru split dengan wife, kena la cari rumah baru. Rumah diorang pun bukan sebijik, maybe belum finalise lagi untuk split harta.

nisako Publish time 7-2-2024 08:34 AM

ye ke homeless bukan kaya ke mamat ni

Yoonggi Publish time 16-2-2024 10:59 AM

seribulan replied at 18-1-2024 07:14 PM
Fast X kan...

tatau sbb x tgk lg movie tu. nmpk ada tyg dah kt asterok. dah tgk ke mod? best x?

Yoonggi Publish time 16-2-2024 10:59 AM

delia3003 replied at 6-2-2024 12:41 AM
Dia bukan susah, masih kaya. 'Homeless' untuk documentary ni je, On The Roam. Misleading betul art ...

i see. buat documentary rupanya
Pages: [1]
View full version: Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan


ADVERTISEMENT