sfhzuraz Publish time 14-1-2024 06:44 PM

Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman

Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman

14 Januari 2024 05:12pm


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/14/2498687.jpg
Antara penunggang motosikal yang diperiksa dalam Ops Lejang Mega di empat lokasi di Pulau Pinang. Foto JPJ Pulau Pinang



BUTTERWORTH - Sebanyak 442 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula semalam hingga awal pagi tadi.
JPJ dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan empat lokasi terbabit adalah Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Bagan Ajam dan Plaza Tol Jambatan Kedua di Seberang Perai serta Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di bahagian pulau.


Menurut JPJ Pulau Pinang, penguatkuasaan itu dijalankan Unit Operasi JPJ negeri bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri bermula 4 petang hingga 5 pagi bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/14/2498689.jpg
JPJ Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan ke atas penunggang motosikal menerusi Ops Lejang Mega di empat lokasi bermula Sabtu hingga awal pagi Ahad. Foto JPJ Pulau Pinang



"Hasil operasi JPJ telah mengeluarkan 442 saman atas pelbagai kesalahan antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan mempamer nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.


"Kesalahan lain yang turut dikesan adalah tidak mempamer pelekat P, tiada cermin sisi dan mengubah suai motosikal tanpa kebenaran,” menurut kenyataan itu.
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/01/14/2498688.jpg
Ops Lejang Mega bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan. Foto JPJ Pulau Pinang



Sehubungan itu, JPJ mengingatkan penunggang atau pemilik motosikal agar sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan atau tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.



Penunggang dan pembonceng motosikal juga diingatkan supaya menunggang dengan cermat dan berhemah bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian. - Bernama
sumber

Pages: [1]
View full version: Ops Lejang Mega: JPJ Pulau Pinang keluar 442 saman


ADVERTISEMENT