mattzzx Publish time 14-1-2024 12:52 PM

Kate dapat tonik sebelum Olimpik

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SPO-SWI-TYR-PRO-SWIM-SERIES-KNOXVILLE-DAY-4_1705200785.jpg
KATE juarai acara 200m kuak dada. -FOTO AFP

Washington: Kate Douglass mencatat rekod Amerika dalam acara kuak dada apabila merekodkan 2 minit 19.30 saat untuk memenangi acara 200m kuak dada wanita ketika kejohanan Pro Swim di Knoxville, Tennessee.

Kate yang memenangi emas 200m rampaian ketika Kejohanan Dunia tahun lalu di Fukuoka, memadamkan rekod lama Amerika sebelumnya 2:19.59 yang dibuat oleh Rebecca Soni ketika memenangi emas Olimpik pada 2012.

Kate mencatatkan masa 1.92 saat lebih pantas daripada catatan terbaik peribadinya dan menyertai empat perenang terpantas dalam acara itu.

Evgeniia Chikunova dari Rusia mendahului senarai itu apabila mencatatkan rekod dunia 2:17.55 yang dilakukan pada April lalu.



Perenang Kanada, Summer McIntosh meraih kemenangan ketiga minggu ini mengatasi perenang American, Alex Walsh untuk memenangi acara 200m rampaian dengan catatan 2:07.16.

Katie Ledecky yang mengintai emas keempat berturut-turut dalam acara 800m gaya bebas Olimpik di Paris tahun ini, menutup minggu ini dengan kemenangan apabila mendominasi acara itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2024/01/1050322/kate-dapat-tonik-sebelum-olimpik
Pages: [1]
View full version: Kate dapat tonik sebelum Olimpik


ADVERTISEMENT