mattzzx Publish time 14-1-2024 12:48 PM

Sarjan mejar tampar orang awam ditukar ke unit lain

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Izlaily_sendphoto_sdas1697524191_1705204536.jpg
Kamarul Zaman Mamat (tengah).

Johor Bahru: Sarjan mejar polis yang didakwa melakukan kekerasan terhadap lelaki di tempat awam sudah dipindahkan sementara menunggu siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota bertanggungjawab ke atas balai polis Sri Gading itu ditukar ke unit lain dalam Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

Katanya, unit berkenaan tidak memerlukan anggota itu berurusan dengan orang awam.

"Ini adalah langkah sementara yang kami ambil. Tindakan sewajarnya akan dikenakan jika siasatan membuktikan pembabitannya (dalam kes itu)," katanya ketika dihubungi New Straits Times semalam.



Media sebelum ini melaporkan polis menyiasat video tular individu dipercayai sarjan mejar polis yang didakwa melakukan kekerasan terhadap lelaki di tempat awam.

Kamarul Zaman berkata, tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi.

Beliau turut dilapor menggesa saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1050336/sarjan-mejar-tampar-orang-awam-ditukar-ke-unit-lain
Pages: [1]
View full version: Sarjan mejar tampar orang awam ditukar ke unit lain


ADVERTISEMENT