mattzzx Publish time 13-1-2024 03:32 PM

Penduduk terkejut 2 ekor anak buaya dalam tali air

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/TANGKAP-layar-video-anak-buaya-dilihat-menerkam-joran.jpeg
TANGKAP layar video anak buaya dilihat menerkam joran yang dikocakkan dalam tali air di Benteng Parit Londang di Batu Pahat, malam tadi.

BATU PAHAT – Penduduk di Parit Londang, di sini, terkejut selepas menemui dua ekor anak buaya di dalam tali air berdekatan dengan kediaman penduduk di kawasan kampung berkenaan.

Penemuan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Roslin di rizab 1 benteng Parit Londang, telah menggemparkan penduduk kampung sehingga menjadikan kawasan itu seperti pesta, malam tadi.

Menurut Roslin, dianggarkan dua ekor anak buaya ada di dalam tali air itu dan ini adalah kali pertama ditemui serta dilihat agak ganas dan lapar.

“Susulan itu, orang ramai yang gemar menjalankan aktiviti memancing di tali air ini diharapkan tidak terlalu dekat dengan tebing dan sentiasa berhati-hati,” katanya.

Melalui dua video berdurasi 30 saat dan 52 saat yang dimuat naik dalam akaun Facebook Batu Pahat Sana Sini itu menunjukkan, anak buaya berkenaan timbul untuk menerkam joran yang mengocak air di tali air berkenaan.

“Esok pukul 8.30 pagi buaya itu akan timbul lagi, siapa nak tengok boleh datang ke rizab 1 di benteng Parit Londang di Batu Pahat ini,”katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01/13/video-penduduk-terkejut-2-ekor-anak-buaya-dalam-tali-air/
Pages: [1]
View full version: Penduduk terkejut 2 ekor anak buaya dalam tali air


ADVERTISEMENT