mattzzx Publish time 13-1-2024 11:26 AM

Hilang tangan ‘dimakan’ harimau bukan di Bahau

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/Tangkap-layar-kejadian-hilang-tangan-akibat-digigit-binatang.jpeg
Tangkap layar kejadian hilang tangan akibat digigit binatang berlaku di Indonesia, bukannya di Bahau.

JEMPOL – Polis menafikan dakwaan seorang lelaki hilang tangan akibat digigit harimau berlaku di daerah ini, seperti yang tular dalam media sosial sejak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hoo Chang Hook berkata, sebaliknya kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia serta telah dilaporkan oleh pihak media negara berkenaan, dua hari lalu.

“Saya difahamkan video tu berlaku di Indonesia dan kecederaan hingga menyebabkan kehilangan tangan pula disebabkan kena gigit buaya.

“Setakat ini di Balai Polis Bahau, kita tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam berkenaan kes gaduh yang mendatangkan kecederaan ataupun digigit harimau.

“Oleh itu, kita harap orang ramai tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat ini sehingga menimbulkan rasa kurang selesa masyarakat setempat,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu tular audio di aplikasi media sosial WhatsApp mendakwa kejadian berlaku dalam kawasan Bahau dan penduduk setempat diminta berhati-hati susulan serangan harimau itu. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01/13/hilang-tangan-dimakan-harimau-bukan-di-bahau/
Pages: [1]
View full version: Hilang tangan ‘dimakan’ harimau bukan di Bahau


ADVERTISEMENT