haruslah Publish time 12-1-2024 10:11 PM

Tyzo Pulak Keluar Suria

Kuala Lumpur: Suria FM mengumumkan khidmat penyampai Suria Petang, Tyzo Xander, secara rasminya berakhir hari ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin menyifatkan khidmat Tyzo sangat besar sumbangannya dan akan sentiasa menyokong kariernya ke depan.

"Jalinan antara Suria FM bersama Tyzo adalah kerjasama baik sepanjang tempoh khidmatnya. Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangannya

Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi," katanya.

DJ Lin turut berkongsi keputusan berkenaan adalah antara langkah Suria FM dalam merangka strategi dan perancangan baharu. Ia bagi menghasilkan produk lebih menarik dan segar bagi tahun ini dan seterusnya.

"Suria FM sudah merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar.

"Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

DJ Lin turut berharap semua pencinta radio dan pendengar setia Suria terus menyokong Suria FM.

mishungu Publish time 12-1-2024 10:14 PM

Hellooo petang iols drive balik keje da tak sama la lepas ni.. Combo tyzo dgn kak rara best tau.. Dgn ciwan aritu kejap pon best.. Ntah pape je management suria ni..

shernazz Publish time 12-1-2024 10:15 PM

DJ lin jaki lagi ke....hahaha

haruslah Publish time 12-1-2024 10:15 PM

Haritu fizi
Pastu ana j
Pastu tyzo

Soeb tu x kira la

jlocute Publish time 12-1-2024 10:15 PM

Dengar td di radio suria tyzo last day hari ini..kesian dia berhenti tanpa rela..

stingergrumpy Publish time 12-1-2024 10:15 PM

Lin bila mau keluar?

#tanyaje

lilac85 Publish time 12-1-2024 10:15 PM

Cuba baca komen Di ig tyzo

haruslah Publish time 12-1-2024 10:16 PM

Kata nya ade sesi nangis ptg tadi
Betol ke?

Ahriman Publish time 12-1-2024 10:17 PM

Tepat ramalan porumer aritu.:lol:

Piramida Publish time 12-1-2024 10:18 PM

Dj lin ni owner suria ke?
Ai OK je kadang memang dengar suria ni.. suka dengar duo Tyzo kak Rara ni membahan org lagi2 yg nyanyi2 tu... Terhibur.

Sorry lepas ni balik kerja jgn harap lah nak dengar suria ni.

zuriey Publish time 12-1-2024 10:20 PM

Dj lin tu mmg jenis busuk hati ke
Tak sangka betul

Binodino Publish time 12-1-2024 10:21 PM

jlocute replied at 12-1-2024 10:15 PM
Dengar td di radio suria tyzo last day hari ini..kesian dia berhenti tanpa rela..

Eh seriusla? Tak best la suria petang takde tyzo & kak rara :'(

Si lin tu yang patut keluar. Entah macam mana boleh menang award dulu2 tu. Slot dia bukannya best pun. Mengantuk je aku dengar.

Binodino Publish time 12-1-2024 10:22 PM

lilac85 replied at 12-1-2024 10:15 PM
Cuba baca komen Di ig tyzo

Tepek sini la uols. Iols takde ig:'(

haruslah Publish time 12-1-2024 10:23 PM

Ahriman replied at 12-1-2024 10:17 PM
Tepat ramalan porumer aritu.

Ramal pasal ape?

Iols baca kat fb mcm2 diorg speku

delia3003 Publish time 12-1-2024 10:25 PM

Umur dia pun dah 50s kan. Semoga ada la rezeki tempat lain. Berenti paksa rela rupanye. I suka je dengar celoteh dia dgn kak rara kalau sempat time balik kerja, gilir2 dengan mix drive.

Hari ni tak sempat dengar. Tak tau pulak hari ni last day.

Suchi Publish time 12-1-2024 10:25 PM

jlocute replied at 12-1-2024 10:15 PM
Dengar td di radio suria tyzo last day hari ini..kesian dia berhenti tanpa rela..

Knp dia kena benti, hai sampai menang mamat tu abp tiba kena benti plak

MidoriHijau Publish time 12-1-2024 10:29 PM

Dgr suria FM sebab duo tyzo & kak rara. Dgn ciwan aritu pun best! Lepas ni tak tau nak pasang radio ptg apa sambil anak sekolah

Bergosip Publish time 12-1-2024 10:31 PM

jlocute replied at 12-1-2024 10:15 PM
Dengar td di radio suria tyzo last day hari ini..kesian dia berhenti tanpa rela..

dia berhenti tanpa rela ke? kesiannya. tyzo ni di antara dj yang iols rasa bagus dekat suria

Ahriman Publish time 12-1-2024 10:34 PM

haruslah replied at 12-1-2024 10:23 PM
Ramal pasal ape?

Iols baca kat fb mcm2 diorg speku

Ade masa ana j ditamatkn kontrak secara tiba2.ramai orng ckp tyzo kak rara akan menyusul jugak.tuptup jdi kenyataan.:lol:

wookiehoney Publish time 12-1-2024 10:40 PM

Sebab dah menang ritu, mybe tyzo demand gaji ke apa untuk renew contract kot. Berbaloilah kan ikat pemenang ABP.sekali ada orang dengki kotttttt tu yg xsambung. Jadilah paksa rela berhenti.
#sekadarspekuan


Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Tyzo Pulak Keluar Suria


ADVERTISEMENT