sfhzuraz Publish time 12-1-2024 12:48 PM

'Paip air di Sungai Perai dikesan bocor lagi' - PBAPP

'Paip air di Sungai Perai dikesan bocor lagi' - PBAPP


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 12, 2024 @ 12:16pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bocor_1705032991.jpg
Kesan daripada satu lagi kebocoran berlaku membabitkan saluran paip dasar Sungai Perai di sini, pagi ini. NSTP/ ihsan PBAPP



BUTTERWORTH: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengesan satu lagi kebocoran berlaku membabitkan saluran paip di dasar Sungai Perai pagi ini.
PBAPP berkata, pihaknya sedang menyiasat punca dan lokasi kebocoran, selain masih menjalankan pemeriksaan sama ada paip bocor terbabit berada di bahagian sama yang telah dibaiki semalam.
"Walaupun berlaku kebocoran, PBAPP akan terus mengepam air melalui saluran paip buat masa ini dan saluran paip ini mungkin akan ditutup kemudian untuk kerja-kerja pembaikan kecemasan.
"Keadaan ini masih dalam siasatan. PBAPP akan berkongsi hasilnya apabila ia mempunyai maklumat dan data yang tepat," katanya dalam kenyataan yang disiar menerusi laman Facebook rasminya hari ini.
Semalam, PBAPP dilaporkan berkata kerja membaiki saluran paip di dasar Sungai Perai, sudah siap dengan ujian sedang dilakukan untuk meningkatkan tekanan pam air terawat secara beransur-ansur melalui bahagian yang dibaiki.
Sehubungan itu, PBAPP turut meminta pengguna bagi kategori pemulihan Tahap Dua yang telah beransur-ansur menerima air pada hari ini menyimpan air.
Terdahulu PBAPP memaklumkan pemulihan Tahap Dua sudah bermula sejak 6 pagi ini dengan pengepaman optimum air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan menyasar ia selesai menjelang 6 pagi esok.
Pemulihan Tahap Dua membabitkan 495,065 pengguna meliputi 84 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan Pulau berikutan pembaikan paip di LRA Sungai Dua Rabu lalu.
sumber





Pages: [1]
View full version: 'Paip air di Sungai Perai dikesan bocor lagi' - PBAPP


ADVERTISEMENT