chacon Publish time 11-1-2024 06:13 PM

Malas, suka menyendiri... Haqiem Stopa rasa tak bersemangat macam kena sihir

PESONALITI media sosial Haqiem Stopa memberitahu dia terkena gangguan sihir hingga mengakibatkan berlaku perubahan ketara pada dirinya saat ini.



Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 23, berkata kesan daripada gangguan itu membuatkan dirinya menjadi lesu serta banyak urusan kerjanya juga tergendala.

“Nak kata kena sihir tak pasti tapi kadang-kadang rasa lain juga pada diri ni sebab sebelum ni tak pernah jadi macam n, badan jadi berat dan malas untuk buat kerja malah pernah saya duduk seorang diri.

“Saya kenal diri sendiri macam mana kalau keluar balik jam lewat, cara percakapan tapi ada satu masa tu tak boleh jumpa orang kalau nak kata tak boleh hadap kecaman tak juga sebab saya dah lalui kecaman ni daripada dulu lagi,” kata Haqiem kepada mStar.

Dalam pada itu, enggan memikirkan lebih serius, Haqiem bagaimanapun berkata dia belum terfikir untuk melakukan rawatan altenatif secara perubatan Islam kerana kesibukan kerja.

“Saya belum terfikir untuk nak pergi berubat lagi sebab tak rasa sampai kena sihir macam tu sekali tapi sekarang ni saya nak minta maaf kalau saya ada buat orang terguris hati,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

TDuKjKScaU0?si=MA9Ae2sxIHpwp8Ox

akies Publish time 13-1-2024 11:32 PM

Sape pulak nk sihirkan ko ni :$

helicornia Publish time 16-1-2024 04:26 PM

ko pikir org ada masa nak sihirkan ko?

ReginaGeorge Publish time 17-1-2024 06:24 AM

Itu bukan sihir. Itu gangguan mental. Apa yg buat jiwa kau tak tenang? Kau ada berhutang kpd sesiapa? Kau ada berkata biadap kpd sesiapa? Kau ada scandal?

hickmankay20 Publish time 4-5-2024 04:03 PM

Adakah anda berhutang dengan sesiapa sahaja? Adakah anda bercakap buruk kepada sesiapa? Ada skandal berlaku?eggy car
Pages: [1]
View full version: Malas, suka menyendiri... Haqiem Stopa rasa tak bersemangat macam kena sihir


ADVERTISEMENT