mattzzx Publish time 11-1-2024 03:30 PM

Banjir: Mangsa di Johor turun kepada 7,122

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-11-at-10.45.48.jpeg
BEBERAPA anggota bomba melakukan pemantauan keadaan banjir di sekitar bandar Kota Tinggi, Johor.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus merekodkan penurunan kepada 7,122 mangsa daripada 1,940 keluarga yang ditempatkan di 47 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 10 pagi ini.

Jumlah itu berkurangan berbanding 7,609 mangsa daripada 2,078 keluarga yang berlindung di 50 PPS pada pukul 8 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi yang terjejas teruk sebelum ini merekodkan penurunan daripada 4,470 mangsa daripada 1,207 penduduk kepada 4,360 mangsa daripada 1,174 penduduk di 24 PPS.

“Di Johor Bahru, jumlah mangsa banjir turut berkurangan setelah 402 mangsa daripada 110 keluarga pulang ke rumah masing-masing menjadikan seramai 1,301 mangsa daripada 343 keluarga masih berada di tujuh PPS.

“Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Batu Pahat mencatatkan sedikit peningkatan kepada 83 mangsa daripada 24 keluarga berbanding 58 mangsa daripada 19 keluarga di dua PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, jumlah mangsa banjir di Segamat, Kluang, Pontian dan Kulai tidak berubah sejak 8 malam tadi.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01/11/banjir-mangsa-di-johor-turun-kepada-7122/
Pages: [1]
View full version: Banjir: Mangsa di Johor turun kepada 7,122


ADVERTISEMENT