mattzzx Publish time 11-1-2024 03:22 PM

Rali Dakar: Loeb bangkit sekat aksi Al Rajhi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/RALI-DAKAR-1.jpg
LOEB muncul juara Peringkat 4 Rali Dakar sekali gus berjaya memperbaiki kedudukan untuk berada di tangga keenam keseluruhan. - AFP

AL-HOFUF, Arab Saudi – Juara Rali sembilan kali, Sebastien Loeb masih berbisa selepas menjuarai Peringkat 4 Rali Dakar di Arab Saudi sejurus menamatkan perlumbaan sejauh 631 kilometer (km) tersebut dengan catatan dua jam 36 minit 02 saat (s).

Biarpun ditentang hebat pelumba tuan rumah, Yazeed Al Rajhi, namun pelumba pasukan Overdrive Racing itu tempat kedua dan hanya ketinggalan satu minit 08 saat di belakang Loeb.

Selepas menempuh empat peringkat perlumbaan, Loeb yang beraksi bersama pasukan Bahrain Raid Xtreme berjaya memperbaiki kedudukan masa untuk menghuni tangga keenam keseluruhan dengan masa 16jam 08 minit 29s dan Yazeed kekal tangga teratas dengan catatan masa 15jam 44 minit 39s.

“Kami melalui perlumbaan Peringkat 4 ini dengan sempurna tanpa sebarang masalah mekanikal. Pastinya kemenangan ini bukan mudah kerana kami terpaksa memintas banyak pelumba di hadapan.

“Pada satu ketika, kami terlepas titik laluan sebenar dan ketinggalan 30 saat, tetapi selepas itu kami perbaiki semula momentum kelajuan untuk menjuarai peringkat keempat ini,” katanya.

Sementara itu, juara lima kali Rali Dakar, Nasser Al-Attiyah mengekalkan momentum perlumbaan untuk kekal memburu gelaran keenamnya dan kini hanya dipisahkan 11 minit di belakang Al Rajhi.

“Perlumbaan masih lagi panjang, kami tidak mahu melakukan sebarang kesilapan agar mampu mengejar Al Rajhi dan juga Carlos Sainz (Audi Sport) yang menduduki tangga kedua keseluruhan ketika ini. Perlumbaan semakin menjadi sukar dan mungkin itu adalah peluang kami untuk mengejarnya,” katanya. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/01/11/rali-dakar-loeb-bangkit-sekat-aksi-al-rajhi/
Pages: [1]
View full version: Rali Dakar: Loeb bangkit sekat aksi Al Rajhi


ADVERTISEMENT