sfhzuraz Publish time 11-1-2024 02:24 PM

300 saintis, pemenang Hadiah Nobel berkumpul di Langkawi

300 saintis, pemenang Hadiah Nobel berkumpul di Langkawi


Hamzah Osman
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0111rslkw_1704951625.jpg
Sebahagian 17 rakan strategik yang dipilih membantu menjayakan Persidangan Simposium Antarabangsa Mengenai Elektrolit Polimer (ISPE-18) bergambar kenangan pada Majlis Memperkenalkan Rakan Strategik ISPE-18 di Hotel Adya Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN



Langkawi: Tiga ratus saintis terhebat dunia, termasuk beberapa pemenang Hadiah Nobel, bakal berhimpun di pulau ini sempena Persidangan Simposium Antarabangsa Mengenai Elektrolit Polimer (ISPE-18) di sini, Jun ini.
Paling membanggakan, Malaysia muncul negara pertama di rantau Asia Tenggara dipilih sebagai penganjur bagi simposium peringkat antarabangsa itu yang diadakan dua tahun sekali.
Pengerusi Penganjur ISPE-18 Prof Dr Azizan Ahmad berkata, simposium edisi ke-18 sejak penganjuran pertama pada 1987 itu berlangsung mulai 23 hingga 28 Jun ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).
"Antara keistimewaan penganjuran ISPE-18 di Langkawi kali ini, kita turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menganjurkan pertandingan berasaskan tenaga baharu seperti angin, air dan tanah.
"Selain itu, simposium mini yang menghimpunkan murid serta pelajar turut diadakan dalam usaha melahirkan saintis pelapis di negara ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Rakan Strategik ISPE-18 di Hotel Adya Langkawi (HAL) di sini, hari ini.
Turut hadir Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nano Malaysia Berhad Raja Riznal Raja Abidin, Pengerusi NQ Cultural Commercial Sdn Bhd Dr Mazlan Goh Ahmad Goh dan Pengurus HAL Syed Muhammad Firdaus Syed Putra.
Dr Azizan berkata, antara negara yang pernah menjadi penganjur ISPE ialah Itali, Perancis, Amerika Syarikat, Sweden, Jepun, Australia, Poland, Brazil, Portugal dan Iceland.
"Malaysia dipilih sebagai tuan rumah simposium kali ini selepas memenangi bida dengan memperoleh 80 peratus undi daripada delegasi yang menghadiri ISPE-17 di Kanada dua tahun lalu.
"Menerusi kepercayaan itu, kami melantik tidak kurang 17 rakan strategik dalam usaha menjadikan ISPE-18 di Langkawi adalah yang terbesar dan terbaik sepanjang penganjurannya," katanya.


Disiarkan pada: Januari 11, 2024 @ 1:40pm


sumber




Pages: [1]
View full version: 300 saintis, pemenang Hadiah Nobel berkumpul di Langkawi


ADVERTISEMENT