mattzzx Publish time 10-1-2024 05:08 PM

Pemandu bas cabul 2 beradik dihantar penjara, gagal bayar ikat jamin

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm277pemandu_1704875787.jpg
PEMANDU bas Muhammad Khairuddin dihantar ke penjara selepas gagal bayar ikat jamin kerana dituduh merogol dua beradik. FOTO Alias Abd Ran

Muar: Pemandu bas ekspres sekali lagi 'disumbat' dalam penjara apabila gagal membayar ikat jamin RM10,000 terhadap dua pertuduhan mencabul dua beradik lelaki, bulan lalu.

Tertuduh Muhammad Khairuddin Kassim, 38, yang didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menukar pengakuan kepada tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun di tempat duduk dalam bas ekspres yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, antara 11 pagi hingga 1 tengah hari pada 17 Disember lalu.



Bagi pertuduhan kedua, dia turut didakwa melakukan perkara sama terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang juga adik mangsa pertama, di tempat rehat pemandu di belakang bas dengan kejadian berlaku pada tarikh dan masa sama.

Berikutan itu, tertuduh boleh dikenakan penjara 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh diwakili peguam Muhd Imran Mohd Farok.

Dengan pengakuan tidak bersalah dibuat tertuduh, mahkamah menetapkan 15 Februari ini untuk serahan dokumen.

Terdahulu, pada 21 Disember lalu, Hakim Irwan Suianbon menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah mencabul kehormatan dua beradik terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1049152/pemandu-bas-cabul-2-beradik-dihantar-penjara-gagal-bayar-ikat-jamin
Pages: [1]
View full version: Pemandu bas cabul 2 beradik dihantar penjara, gagal bayar ikat jamin


ADVERTISEMENT