mattzzx Publish time 10-1-2024 04:00 PM

Jurukimpal dijel 14 hari, denda mengaku ceroboh surau

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm277kimpal_1704870104.jpg
JURUKIMPAL Muhammad Akram dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Muar selepas mengaku ceroboh surau. Gambar. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Jurukimpal dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menceroboh surau dan cubaan memecahkan peti besi di Parit Sakai, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Akram Kamarul Zaman, 23, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menceroboh Surau Al-Amin, Parit Sakai kira-kira 8 malam, 4 Januari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan enam bulan penjara atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 hari bermula dari tarikh sabitan, hari ini serta denda RM500.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1049094/jurukimpal-dijel-14-hari-denda-mengaku-ceroboh-surau
Pages: [1]
View full version: Jurukimpal dijel 14 hari, denda mengaku ceroboh surau


ADVERTISEMENT