mattzzx Publish time 10-1-2024 03:58 PM

Bomba Malaysia menuju era digital

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/bombdigtall1_1704870474.jpg
NOR Hisham Mohamad pada Majlis Hormat Panglima Ketua Pengarah JBPM di Ibu pejabat JBPM. FOTO Samadi Ahmad

Putrajaya: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memfokuskan pelaksanaan agenda pendigitalan pada tahun ini termasuk pembinaan pusat kawalan Command, Control, Communications, Computers and Intelligent (C4i) bagi mempertingkatkan tahap kecekapan jabatan.

Misi itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang baharu dilantik, Datuk Nor Hisham Mohamad.

Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan pelaksanaan Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara (DKPN) 2021-2030 bagi mempertingkatkan kecekapan dan profesionalisme jabatan itu termasuk pembinaan C4i yang menelan kos RM49 juta.

Selain itu, katanya JBPM juga akan melancarkan sistem e-premis bagi membolehkan jabatan itu mengawal selia semua premis di negara ini.



"Semua premis berdaftar dalam satu bumbung dan semua pengurusan akan dipermudahkan," katanya pada Majlis Hormat Panglima Ketua Pengarah JBPM di Ibu pejabat JBPM di sini, tadi.

Nor Hisham dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM kesembilan berkuat kuasa 8 Januari lalu, menggantikan Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin yang bersara wajib pada Disember 2023.

Beliau pernah mengetuai beberapa operasi berskala besar antaranya sebagai Komander Kanan Operasi mencari dan menyelamat helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada Mei 2016 dan Pengarah Operasi Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMC) bagi banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada Dis 2021.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1049100/bomba-malaysia-menuju-era-digital
Pages: [1]
View full version: Bomba Malaysia menuju era digital


ADVERTISEMENT