mattzzx Publish time 10-1-2024 02:54 PM

'Rider' tak mengaku cabul remaja dalam kereta

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm277rider_1704868895.jpg
Firdhaouz dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas tak mengaku cabul kenalan bawah umur. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Penghantar makanan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan remaja perempuan bawah umur yang baru dikenali menerusi Telegram dalam sebuah kereta, awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Firdhaouz Irsyad Muhammad Faisal, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik kesemua pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 14 tahun dalam kereta di sekitar Jalan Abdul Rahman menuju ke Parit Jawa di sini, antara 2 hingga 4 pagi, 4 Januari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a), 14 (b) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.



Ketiga-tiga seksyen terbabit memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh diwakili Datuk Zamri Idrus.

Terdahulu, pihak pendakwaan mohon mahkamah supaya tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh memandangkan kesalahan itu amat serius kerana membabitkan mangsa bawah umur.

"Jika mahkamah mahu menggunakan budi bicara, pihak pendakwaan mencadangkan supaya tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 terhadap kesemua pertuduhan," hujahnya.

Namun, permohonan itu dibantah pihak pembelaan sebaliknya memohon mahkamah memberi kebenaran kepada anak guamnya dengan ikat jamin paling rendah.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar setiap awal bulan selain tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan tertuduh atau keluarganya.

Berikutan pengakuan tidak bersalah tertuduh, mahkamah menetapkan 15 Februari ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen daripada pihak pendakwaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1049075/rider-tak-mengaku-cabul-remaja-dalam-kereta
Pages: [1]
View full version: 'Rider' tak mengaku cabul remaja dalam kereta


ADVERTISEMENT