mattzzx Publish time 10-1-2024 02:53 PM

Guru didenda RM5,800 sebabkan kemalangan mengorbankan remaja

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/GURUSAMA1_1704866859.jpg
MOHD Nor Fazli didenda RM5,800 selepas mengaku salah menyebabkan kematian penunggang motosikal dalam kemalangan enam tahun lalu. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Guru didenda sebanyak RM5,800 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja dalam kemalangan jalan raya, enam tahun lalu.

Mohd Nor Fazli Rashid, 43, yang berhadapan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan itu, dia didakwa memandu kurang cermat hingga menyebabkan kemalangan terhadap pengguna jalan raya lain pada 2.15 petang, 18 Mei 2018.

Berdasarkan fakta kes, kemalangan berlaku di Jalan Parit Limbong dekat ini membabitkan tiga kenderaan termasuk kereta dipandu tertuduh.



Kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu tertuduh dalam perjalanan dari Pontian ke bandar ini, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal ditunggang remaja terbabit yang berusia 18 tahun ketika itu.

Siasatan polis mendapati tertuduh didakwa memandu secara melulu dan merbahaya hingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan kerana perlu menanggung anak masih bersekolah.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM5,800 terhadap tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/01/1049069/guru-didenda-rm5800-sebabkan-kemalangan-mengorbankan-remaja
Pages: [1]
View full version: Guru didenda RM5,800 sebabkan kemalangan mengorbankan remaja


ADVERTISEMENT